Tuesday, April 26, 2011

Nota Titas Bab 4.

Bab 4 : Islam Dalam  Tamadun Melayu.

Asal usul ‘melayu’
Selain daripada anutan masyarakat, asal sesuatu Tamadun juga berdasarkan ‘jenis Bangsa’ yang ‘menjalankannya’ Tamadun Melayu bermakna tamadun yang dimiliki oleh bangsa Melayu.

Bilakah nama Melayu itu digunakan dan apakah ianya merujuk terus kepada suatu bangsa?

Merujuk kepada bangsa.
Antonio de Marga (kajian mengenai orang Tagalog 1663) mengaitkan bangsa Melayu mempunyai persamaan dari segi:
warna kulit
Bentuk badan
Pakaian
Adat resam dan upacara
Wilhem F.Von Humbolt –sarjana ilmu bahasa (abad ke 19) menggunakan istilah ‘Melayu Polinesia’.
Alfred Wallace (1869) – membahagikan seluruh wilayah nusantara –Pasifik kepada dua:
Kepulauan Melayu (bangsa Melayu & bangsa Papua)
Polinesia (Bangsa Melayu)
Wang Gung Wu (penelitian kepada rekod China Lama) ‘Melayu’ merujuk kepada tempat “Mo-la-YU” di Sumatera.
Rumusan.
Walaupun terlihat dua makna yang berbeza di dalam istilah ‘Melayu’ ini,hakikat yang tidak dapat ditolak ialah bahawa Tamadun Melayu merupakan tamadun yang dicernakan serta diaprerasikan oleh orang Melayu yang menjadikan kebudayaan amalan mereka ‘‘Tamadun Melayu telah melalui satu perkembangan sejarah yang sangat panjang dan secara umumnya dapat dilihat dalam beberapa Fasa’.

Fasa Perkembangan Tamadun Melayu.

Fasa Pertama :              Kedatangan serta pertapakan masyarakat yang dikenali sebagai orang Melayu.
Fasa Kedua :                Orang Melayu menerima pengaruh India.
Fasa Ketiga :                Kemasukan serta penerimaan orang Melayu terhadap Islam
Fasa Keempat :             Semasa penjajahan British @ Belanda.
Fasa Terakhir :              Kewujudan Negara-Negara Merdeka.



Teori kedatangan orang “Melayu”  (kedatangan dari luar)
Gelombang Pertama :
Dihuni oleh orang Veda kira-kira 5000 tahun yang lalu.
Kedatangan Melayu Proto berasal dari Yunan membawa kebudayaan neolitik dan tinggal di kawasan-kawasan pinggir sungai dan laut. (sekitar tahun 3000-2500 SM)
Gelombang kedua:
F dan P.E Sarasin (1892) Melayu Deutro –membawa kebudayaan gangsa-besi (sekitar tahun 1500 SM hingga 300 Masihi).
Peter Bellwood ( tulisan 1985) – meskipun masih melihat Yunan sebagi punca kedatangan  namun  ianya melihat laluan yang  berasingan.

Teori kedatangan orang “Melayu” (Menolak teori kedatangan dari luar)
Nik Hassan Suhaimi – Bukti-bukti arkeologi telah menunjukkan bahawa sejak 35 000 tahun yang lalu,manusia telahpun mendiami Alam Melayu. Penemuan Rangka manusia awal “orang jawa” (JavaMan)telah menunjukkan bahawa Pulau Jawa telah mempunyai penghuninya sejak ribuan tahun yang lalu.

James T.Collins (bukti sarjana linguistik) ‘tanah asal’ orang Melayu adalah di bahagian barat Borneo yang bergerak sebelum 100 Masihi merentasi Laut China Selatan .

Wan Hashim Wan Teh – kedudukan rumpun bangsa Polinesia yang tersebar sekitar Lautan Pasifik adalah berasal dari Alam Melayu yang berhijrah ke selatan sekitar 2000 hingga 4000 tahun S.M

Sudut linguistik – daripada 26 suku bangsa yang mendiami Yunan tidak ada satu pun yang mempunyai pertalian bahasa atau budaya dengan rumpun Melayu-Polinesia.

Teori Kedatangan Islam ke Alam Melayu.

Ramai para cendekiawan merumuskan, bahawa unsur pokok suatu tamadun atau peradaban (civilization) adalah agama.Pakar sejarah Melayu, Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, menyebutkan, bahawa dalam perjalanan sejarah ketamadunan Melayu, kedatangan Islam di wilayah kepulauan Melayu- Indonesia merupakan peristiwa terpenting dalam sejarah kepulauan tersebut. Berangkat dari pentingnya peranan agama dalam suatu tamadun, maka dapat dijelaskan, bahawa tanda-tanda kehancuran suatu tamadun dapat dilihat sejauh mana unsur utama (agama) dalam tamadun tersebut tetap terpelihara dengan baik.



Umumnya terdapat tiga teori dalam melihat kedatangan Islam ke alam Melayu.

Dari Tanah Arab, China dan Dari India

Islam dari Tanah Arab.

-Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara alam Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kelahiran Islam. Pedagang-Pedagang Islam yang tertumpu di Yaman menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara seperti mendapatkan kapur barus,kemenyan dan sebagainya.
-Khalifah Sulaiman bin Ab Malik (715 – 717 M) telah menghantar armada 35 buah kapal ke muara Sabak di Jambi.
-Pengusiran puak syiah ekoran pemberontakan “syiah Alawiyyin” oleh Khalifah al-Makmun (813-833M)
-Syeikh Ismail mengembangkan Islam ke Barus,Lamri,Aru,Perlak dan Pasai.
-Syeikh Abdullah Bin Syeikh Ahmad al-Qaumiri dari Yaman mengIslamkankan Maharaja Derbar (Raja Kedah) 1136 M
-Sheikh Abd Aziz Dari Judah mengislamkan Raja Melaka.

Islam Dari India.
Snuck Hurgronje dan Brian Harisson (orientalis barat) – menyatakan :
“masyarakat Alam Melayu memandang India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan termasuklah akhirnya dalam persoalan agama”

Thomas Arnold (The Preacing of Islam) menyatakan Islam ke Asia Tenggara di bawa oleh pedagang dan pendakwah dari Malabar dilihat dari persamaan mazhab yang dianuti.

Jasollin deng jong di sokong kajian G.P Moquette terdapat persamaan dari segi struktur batu nisan Maulana Malik Ibrahim di Gersik (1419) dengan batu nesan Umar Ibn Ahmad Kazaruni di Gujerat.

Hanafi S.Q Fatimi menyatakan bahawa Sultan Malikul Salih yang menjadi Raja pasai yang pertama merupakan seorang pedagang India berketurunan Benggali.

Secara keseluruhan teori yang melihat bahawa Islam datang ke Asia Tenggara melalui India ini mempunyai banyak kelemahan 

Islam dari China.

Zaman pemerintahan Dinasti Pang (sekitar tahun 650 M) Canton menjadi pusat tumpuan samada pedagang atau pendakwah Islam.

Saad ibn Waqas serta Qutaibah ibn Muslim dan utusan dari kerajaan Bani Abbasiyah dikatakan pernah sampai ke negara China.
Pemberontakan di Canton (878 Masihi) menyebabkan Arab-Islam melarikan diri ke Kedah dan Palembang.
Catatan Dinasti Sung –kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang pantai laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang- pedagang Islam dari China pada awal 977 Masihi.

R.A Kern –berpendapat bahawa Islam datang dari Champa atau Kemboja pada abad ke-8 Masihi seiring dengan perkembangan Islam di Wilayah tersebut.

Di Champa ditemui inskripsi mempunyai tulisan khat kufi bertarikh 1039 M dan sebuah monumen bertarikh 1025 M yang mencatatkan hukum-hukum Islam.

Faktor Perkembangan Islam Di Alam Melayu.
-Faktor perlumbaan Penyebaran Agama
Permusuhan berterusan antara Penganut Agama Islam dengan Penganut Agama Kristian (perang salib)
Tindakan Portugis secara terbuka melakukan serangan ke atas petempatan serta wilayah-wilayah Islam.
            -Faktor Perkahwinan
Perkahwinan Pedagang dan ulama Islam dengan wanita tempatan.
Latarbelakang pedagang dihormati dan mempunyai kekayaan
Perkahwinan Raja Yang telah Islam dengan anak Raja yang belum Islam.
-Faktor Perdagangan
Pengaruh dari perdagangan serta laluan laut
Perdagangan saudagar Arab dengan masyarakat Melayu
Pedagang menjalankan aktiviti dakwah menyebarkan Islam
-Faktor Politik Dan Penaklukan
Perluasan kekuasaan melaui penaklukan wilayah
-Peranan Ahli-Ahli Sufi
Keperibadian dan karisma Golongan ulamak menjadi faktor penarik penerimaan Islam oleh masyarakat setempat.
Melaka : Sheikh Ismail, Syed Abdul Aziz ,Maulana Abu Bakar, Maulana ishak,Maulana Yusuf dan Sidi Arab.
Aceh : Hamzah Fansuri, Shamsudin al-Sumatrani,Nurudin Raniri, Abd Rauf Singkel
Demak : Wali Songo, Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati.


Kesan dan Pengaruh Islam Dalam Tamadun Melayu.
            -Pentadbiran
Gelaran dan Bidang tugas terdapat pengaruh dari Timur Tengah.
Pemuafakatan (syura)
Dasar dan prinsip utama pentadbiran berlandaskan kepada al-Quran dan sunnah. (rujuk undang-Undang  Melaka 162)
Keperibadian Islam dititikberatkan di dalam pentadbiran pada masa itu (rujuk Sejarah Melayu 140).
-Ekonomi
Mengharamkan perniagaan benda-benda haram
Syarat sah jual-beli, aqad dan lain-lain juga dinyatakan.
Pengharaman Riba
Hukum orang Muflis
Sulh (perjanjian)
Ikrar
Amanat
Pinjaman
Syarikat (perkongsian )
Penggunaan Wang Siling ikutan kepada kerajaan Islam di Timur Tengah (rujuk Undang-Undang Melaka 134 – 148 Pendidikan
Melaka muncul pusat pembelajaran agama Islam yang utama
Pembelajaran ilmu Islam mendapat sambutan yang menggalakan dari segenap lapisan masyarakat.
Minat yang mendalam golongan Istana mempelajari Agama Islam
Penggunaan Tulisan jawi berasaskan tulisan Arab digunakan sepenuhnya oleh masyarakat Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat.
Penggunaan Taqwim Hijriah yang diperkenalkan secara rasminya di dalam dunia Islam oleh Saidina Umar al- Khatab.
Perbendaharaan kata Arab di bawa masuk ke dalam Bahasa Melayu dan Indonesia.

PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
-Malaysia kini adalah sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan yang terdiri daripada komponen 14 buah negeri.
-Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa sebenarnya merupakan lanjutan daripada kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu lebih awal.
-Kerajaan-kerajaan Melayu tersebut  juga merupakan kesinambungan daripada beberapa buah kerajaan atau pusat tamadun Melayu yang pernah wujud di Alam Melayu seperti Srivijaya,Temasik, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor Riau-Linggi dan sebagainya.


.....Aryyzazueriey....

0 comments: