Tuesday, April 26, 2011

Nota Titas Bab 2.


Bab 2 Konsep Asas Tamadun Islam .
Pengertian Tamadun.
Pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asas kehidupan sehingga dapat membuka jalan kearah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai –nilai seni.
Syed Muhammad Naquib Al –Attas
Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
Prinsip /Asas Tamadun Islam.
a)     Aqidah.
-Definisi:
-bahasa =         dari perkataan ‘aqada bererti ikatan atau simpulan.
-istilah =            kepercayaan yang teguh ,tidak mungkin berbelah bagi walau dengan apa cara sekalipun iaitu keimanan kepada Allah dan segala ajaran rasul –Nya.

- Ajaran yang berkaitan dengan kepercayaan kepada tuhan( Allah)
- Asas akidah terkandung dalam rukun iman termasuk perkara sam’iyyat dan ghaibiyyat.
-Aqidah dalam agama islam berfungsi sebagai :
 1.Asas ajaran islam (umpama tapak/fondisi rumah)
2. Asas pertama masuk islam.
3.Pendorong pelaksanaan segala perintah Allah (syariat dan ibadat)
4.Pendorong untuk berakhlak mulia.
b)    Syariah.
Definisi:
Bahasa ;           Sumber air , cara . jalan yang lurus mengikut Al-Quran.
Istilah ;              Hukum-hukum atau peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada  hamba- Nya melalui Rasul-Nya.
Tujuan diturunkan peraturan;
 -supaya manusia terdidik untuk mematuhi suruhan-Nya tanpa berbela bahagi.
-supaya manusia hidup dalam keadaan sejahtera.
-supaya hak-hak manusia terjaga.
Syariat bersifat – “mencegah lebih baik daripada mengubati”.
Ajaran yang berkaitan dengan sistem dan peraturan kehidupan iaitu;
1.Hubungan manusia dengan pencipta –ibadah
2.Sistem perekonomian-muamalat.
3.Sistem kekeluargaan –munakahat.
4.Penjagaan hak asasi manusia –Jinayat.
   
Hak asasi tersebut ialah;
=Jiwa /nyawa.
-setiap orang bertanggungjawab menjaga dirinya dan nyawa orang lain.
-larangan perbuatan membunuh (al –An’am 6 :151)
-hukuman bagi pembunuh- dihukum bunuh.
=Akal.
-Anugerah paling istimewa dan wajib dijaga.
-Larang perkara yang membawa kemudaratan seperti larang minum arak(Al- Maidah 5:90)
-Hukuman penzina sebat 100 kali /rejam sampai mati.
=Kehormatan /keturunan.
-Perlu dijaga.
-Larangan perbuatan yang boleh menjatuhkannya seperyi mengumpat ,menuduh, dan memfitnah.
-Larangan perbuatan menghilangkan kehormatan dan kesucian keturunan seperti zina.
-Hukuman rejam/sebat.
=Harta benda .
-Perlu dicari dan dijaga- siapa yang terbunuh untuk mempertahankannya mati syahid.
-Peraturan diwujudkan agar dapat mengawalnya- seperti haram riba,judi,menipu,rasuah dll,selain balasan dosa.
-Contoh peraturan –sistem faraid,hukuman potong tangan.
=Agama.
-Perlu bebaskan fikiran dari taklid dan khurafat.
-Kebebasan beragama.
- Murtad dihukum bunuh.
c)     Akhlak.
-definisi-          
Budi pekerti  atau tingkah laku yang lahir secara spontan. Suatu perkara yang berkaitan dengan sistem nilai dalam kehidupan iaitu:
a)nilai kebaikan dan keburukan.
b)nilai kebenaran dan kebathilan.
-bersifat syumul/menyeluruh semua aspek:
a)terhadap Allah.
b)terhadap sesama manusia-akhlak terhadap ibu-bapa ,guru ,kawan,bukan islam hingga terhadap musuh islam.
c)terhadap alam-binatang dan tumbuh-tumbuhan.
Sumber –sumber  Tamadun Islam.
Tamadun islam bersumberkan :
-Naqli.
1.     Al-Quran.

-definisi:
Kalamullah yang diturunkan kepada nabi Muhammad melalui perantaraan Jibril    secara mutawatirberansur-ansur , dibukukan dalam satu mashaf ,dimulai dengan surah al-fatihah dan diakhiri dengan surah al-nas.

-Sumber utama dalam tamadun islam yang berteraskan kepada kehidupan bertamadun , ia menekankkan ajaran mengenai:

i)Kehidupan beragama (aqidah)
-sentuh persoalan aqidah.
-arah manusia supaya beriman kepada yang maha esa.
-Contohnya- “katakanlah ALLAH itu Esa…..”surah AL –Ikhlas.

ii)Kehidupan yang berperaturan dan bersistem(syariah)
-Sentuh persoalan sistem kehidupan.
-Hubungan manusia sesama manusia.
Contoh:   “taatilah Allah,taatilah Rasul dan Ulil Amri ….” “janganlah kamu membunuh jiwa(manusia ) yang diharamkan allah kecuali yang hak…”
-Hubungan manusia dengan alam.
Contoh   “janganlah kamu berjalan di muka bumi ini mendabik dada….”

iii)kehidupan yang mempunyai sistem nilai (akhlak)
-Ajaran yang menjamin kesejahteraan sejagat seperti :
=berbuat baik sesama manusia.
=bersederhana  dalam semua perkara.
=bertanggungjawab.
=berlumba-lumba dalam membuat kebaikan dan kebajikan.
2.     Al –sunnah .
Definisi :
Segala yang disandar pada rasullah dari sudut percakapan ,perbuatan dan pengakuan   Baginda saw.
Berfungsi dalam memperinci dan menjelaskan maksud  Al-Quran dalam  :
-Pelaksanaan kehidupan beragama,
Contoh “iman ialah kamu beriman kepada allah , malaikat”
-Pelaksanaan syariah islam
Contoh “sembahyang lah kamu sebagaimana kamu melihat akau bersembahyang.”
-Pelaksanaan akhlak dan kehidupan bertatasusila.
Contoh” janganlah kamu berdusta…”
3.     Ijtihad.
Maksud – usaha yang dilakukan oelh ilmuan dan pemikir islam dalam menangani masalah –masalah umat islam , terutamanya dalam bidang –bidang teknologi yang berkaitan dengan ;
-kemajuan sains dan teknologi
-daya reka cipta.
-daya kreativiti.
Ketetapan ijtihad tidak boleh bercanggah dengan nas  dan syarak.Berlaku sejak  zaman Rasulallah lagi seperti contoh apa yang dilakukan oleh Muaz  ketika mewakilli Baginda saw di Yaman.Juga pernah berlaku di zaman Rasulallah para sahabat mencantumkan pokok tamar untuk dapatkan hasil yang lebih baik.Contoh semasa – dalam penetapan hukum persoalan anak tabung uji , derma organ.
-Aqli
            Berteraskan kepada kelogikan tahap akal pemikiran manusia sebagai hamba Allah.
Matlamat Tamadun Islam .
1.kesejahteraan manusia.(Baldah Tayyibah)
 -kesejahteraan dunia dan akhirat.
-memakmurkan alam mengikut peraturan dan system yang telah ditentukan dalam perhubungan:


Hubungan manusia dengan Allah.
Islam tidak menentukan bahawa pemikiran manusia hanya terhad sekadar  untuk memikirkan tentang alam ini semata-mata. la menyuruh manusia  berfikir lebih jauh daripada itu, dengan menumpukan pemikiran kepada  Allah Pencipta Alam ini dan segala yang terkandung dalam alam ini. Islam  menyeru penganutnya agar menghidupkan rasa perhubungan dengan  pencipta-Nya kerana Dialah (Allah s.w.t.) yang memudahkan dan  mengurniakan kepada ahli-ahli pemikir untuk mencipta  pelbagai ciptaan dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan dan manfaat manusia  sejagat. Ini bermakna, tumpuan tidak hanya sekadar  pada bidang  pembangunan dengan menggunakan atau mengeksploitasi sepenuhnya  segala sumber dalam alam ini.

Hubungan manusia dengan manusia.
Masyarakat Islam merupakan suatu masyarakat yang berbentuk sejagat, yakni tidak bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan dan tidak  terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik, lebih berbentuk  kesatuan ummah. Hubungan dengan masyarakat bukan Islam tidak  dibataskan sama ada kerana perbezaan jenis, warna kulit, bahasa dan  bangsa, malah tidak juga memandang keyakinan dan kepercayaan individu  tetapi sebaliknya mementingkan hubungan baik, saling menghormati,  bertoleransi dan berdisiplin. Bagi masyarakat Islam, hanya terdapat satu ukuran untuk mendapat tempat utama di sisi Khaliq,  iaitu ketakwaan dan ketaatan kepada-Nya, di samping berbuat baik kepada hamba- hamba-Nya.

Firman Allah s.w.t. bermaksud: Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan semang wanita, lalu  Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu  saling berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah  ialah yang paling takwa di antara kamu (Surah Al-Hujuraat: Ayat 13).
 Dalam  konteks ini, Rasulullah s.a.w. juga telah memberikan penegasan tentang  umat dan berkait pula dengan masyarakat Islam, dalam sebuah hadis  yang bermaksud:
Tidak ada kelebihan seorang Arah dengan  seorang 'Ajam, kecuali kerana takwanya (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Hubungan manusia dengan alam.
Tidak dapat diragukan lagi, bahawa manusia itu merupakan sebahagian  daripada alam sejagat, tetapi berada di kedudukan yang istimewa dan berbeza antara bahagian-bahagian lain. Berbanding makhluk lain di alam ini, manusia dikurnia atau dianugerahkan dengan pancaindera yang  berkembang dan subur, di samping akal fikiran yang dapat mengumpulkan segala hasil yang dicapai oleh pancaindera sambil menyelaraskan hasil  yang dicapai oleh pancaindera itu hmgga dapat menjelaskan tentang  hakikat alam itu sendiri. Manusia dikurniai roh yang mempunyai keupayaan  untuk subur dan membesar serta meningkat ke arah ketinggian.
2.Keredhaan Allah SWT (Rabbun ghafur)
 -manusia yang mendapat keredhaan Allah ialah:
=mematuhi suruhan-Nya.
= meninggalkan larangan-Nya.
=menyeru kepada kebajikan.



Ciri- Ciri Tamadun Islam.
1.Keagamaan
-Teras tamadun.
-Agama yang bertungjangkan akidah, syariah  dan akhlak menjadi asas penting dalam tamadun islam.
-Akidah yang bertunjangkan tauhid sebagai teras.
2.Sejagat (universal)
-Tidak terikat dengan lokasi geogafi dan bangsa tertentu.
-Tidak dibatasi sempada politik dan budaya.
-Wujud di seluruh dunia dan lingkungan umat yang berpegang kepada Al –Din.
-Jaminan terhadap 5 perkara asas adalah universal.
3. Terbuka .
-Menerima tamadun lain yang bertentangan dengan nilai-nilai islam.
-Iktiraf sumbangan masyarakat bukan islam dalam negara islam.
4. Sepanjang zaman.
-Tiada sempadan waktu dan zaman.
-Menerima semua kemajuan umat yang berteraskan akidah islam.
5. Toleransi.
-Berteloransi terhadap system kepercayaan atau kebudayaan lain.
-Masyarakat bukan islam di bawah pemerintahan islam bebas mengamalkan agama  dan kepercayaan mereka.
6. Kesatuan dan kepelbagaian.
-Semua bentuk pencapaian  kamajuan dalam tamadun islam kesemuanya di bawah Kesatuan akidah islam yang menjurus kearah mengesakan Allah.
-Segala kemajuan yang dihasilkan dalam tamadun adalah untuk kembali kepada Yang Maha Agung ,Pencipta Seluruh Alam.
7. Keseimbangan.
-Material.
-Spiritual.
-Intelektual.




...Aryyzazueriey......


0 comments: