Saturday, April 30, 2011

Aktiviti Sepanjang Bulan Mei.

nie lah serba sedikit aktiviti minggu pertama bulan mei. sebenarnya ak kan kena jd wartwan sinar...jadi ak update la ckit2 sal aktiviti yang akan bakal berlaku.....hehehehehe...

pastue ak godek - godek agy...dapatlah taw ade jgak beberapa aktiviti yang akan diadakan sempena dengan minggu pusat sumber tersebut.....



ade peraduan teka silang kata 2....hehehehehehe....
sekian jelah eh...law ade pape loe...ak hupdate keyh....hehehehehehe...

Hasil Nukilan:


Thursday, April 28, 2011

Awak!

Assalamualaikum..
awak..hai..
awak ni giler la..
hihihi...
kita just nak wish Selamat Hari Diberanakkan..
atau lebih sopan dipanggil Selamat Hari Lahir..
tinggal berapa jam je lagi..
Tapi nak wish awal2...sebab esok nak balik..mesti kita lupa awak..
haha..padan muka awak...
alang2 kita menaip ni, kira nak wakilkan satu kelas jelah ea..
SELAMAT HARI ULANGTAHUN~
Awak dah 20 TAHUN..ahaha..:D
Tahniah~

Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi Aida,
Selamat hari jadi..

Selamat hari Jadi budak senget..
Semoga Allah merahmati apa yang awak lakukan..
Semoga awak kekal sihat dan ayu (Ruby! )
Semoga mendapat jodoh yang baik..
Opps..
Ayat sebenar macam ni..
Semoga jodoh awak berkekalan hingga ke syurga.. 
Semoga menjadi kawan yang baik~ :p
Eh, banyak pulak semoga..okay la ea..
Kita nak sambung tengok cerita Korea..
Bye awak..
May Allah bless you...

Siti Aida Murhazan

Lots of love~

Tuesday, April 26, 2011

Belajar Untuk Mengajar...

hehehehe....nota untuk kita semua menghadapi Ujian Akhir kursus bagi subjek TITAS....

Bacalah dengan kesabaran yerk tentawan....gudluck cemua...maap yerk segala kesilapan yang telah saya lakukan...peace no war..

                            .......Aryyzazueriey wuz here.....

Nota Titas Bab 7.

Bab 7: ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT

1.1       Sinopsis.
 Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan merangkumi Hagemoni Barat dan Globalisasi iaitu takrif Hagemoni, globalisasi dan barat. Seterusnya pelajar akan didedahkan dengan isu-isu kontemporari yang antara lain berkenaan dengan media, ekonomi, politik ,sosial,hak asasi manusia, krisis alam sekitar, persepsi jihad, etika dalam sains dan kesan perkembangan kontemporari kepada masyarakat dan negara

1.2          Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

                                   i.        Menghuraikan takrif hegemoni, globalisasi dan Barat
                                  ii.        Menganalisis dan menghuraikan isu-isu kontemporari Tamadun islam dan Barat
                                 iii.        Menggariskan kesan perkembangan isu-isu kontemporari kepada masyarakat dan Negara
1.3          KerangkaTajuk         

1.4         Pengenalan

Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dunia pada hari ini berpunca daripada proses globalisasi yang melanda seluruh dunia. Globalisasi adalah satu arus perubahan yang berlaku akibat proses interaksi yang berlaku antara negara-negara di dunia ini. Pada masa yang sama globalisasi membuatkan pengaruh, idea, barangan dan nilai-nilai baru dari luar masuk ke dalam masyarakat tempatan dengan kadar yang cepat dan dengan pengubahsuaian yang amat sedikit. Apabila perkara-perkara baharu ini boleh mempengaruhi (atau diterima) , ia berkemungkinan mengubah budaya dan nilai-nilai masyarakat tempatan.
Perubahan yang berlaku akibat arus globalisasi menimbulkan banyak masalah, terutama sekali apabila perubahan tersebut bertentangan dengan nilai-nilai budaya Timur. Perubahan nilai-nilai budaya secara tidak terkawal boleh membawa keruntuhan kepada sesuatu kebudayaan oleh sebab perubahan yang terlalu cepat dan tidak terkawal akan mengakibatkan sebahagian daripada ahli dalam sesuatu budaya ketinggalan. Perubahan-perubahan akibat globalisasi ini mengambil perhatian ramai apabila didapati bahawa sebahagian besar daripada perubahan ini berkaitan dengan budaya dan hegemoni Barat. Kita tidak dapat menafikan bahawa sebahagian besar daripada perubahan yang terdapat pada hari ini adalah hasil usaha kebudayaan Barat.
1.5          Hegemoni Barat dan Globalisasi
Sebelum kita meneruskan perbincangan tentang hegemoni Barat dan globalisasi , kita perlu mempunyai pemahaman yang jelas tentang apa yang dimaksudkan dengan konsep-konsep hegemoni , Barat dan globalisasi terlebih dahulu.
1.5.1       Maksud Hegemoni
Hegemoni ialah satu konsep yang datangnya daripada pemikiran Barat. Konsep itu merujuk kepada penguasaan menyeluruh (domination) ataupun kepimpinan satu Negara ataupun kumpulan dan sebagainya ke atas Negara atau kumpulan yang lain. Apabila kita mengambil kira takrif hegemoni seperti yang difahamkan oleh masyarakat Barat, kita perlu memahami bahawa hegemoni adalah penguasaan sesuatu kumpulan manusia ke atas suatu kumpulan manusia yang lain.
1.5.2       Maksud Globalisasi
Istilah global dan globalisasi merujuk kepada idea tentang dunia tanpa sempadan seolah-olahnya ia menjadi satu walaupun penduduk berada pada tempat yang berlainan atau jauh. Menurut Anthony Giddens, globalisasi boleh didefinisikan sebagai “hubungan sosial serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga perkara disebaliknya” (Giddens,A.2000). Menurut Martin Albrow pula, “Globalisasi sebagai proses penduduk dunia diperbadankan di bawah satu masyarakat dunia, masyarakat global
1.5.3       Maksud Barat
Selalunya kita menganggap Barat sebagai masyarakat Barat dan tamadun Barat . Kita perlu faham bahawa tanggapan ini amat dipermudah. Masyarakat Barat terdiri daripada pelbagai kumpulan manusia yang menetap pada mulanya di Eropah dan selepas itu berhijrah ke merata-rata tempat di dunia ini. Pada umumnya , masyarakat Barat terdiri daripada kumpulan manusia yang tinggal dalam entiti politik yang sekarang ini kita kenali sebagai Negara-negara Eropah.

1.6 Isu-Isu Kontemporari
1.6.1         Media
Media massa memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat dan informasi khususnya dalam konteks pembangunan tamadun sesebuah bangsa.Kesan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan yang besar terhadap cara hidup masyarakat dunia. Pihak Barat telah berjaya mendominasi  penyebaran maklumat dan berita antarabangsa melalui kemajuan dan perkembangan teknologi mereka. Agensi berita Barat mempunyai pengaruh yang besar dan mereka bebas untuk mengolah sesuatu berita dan maklumat tentang sesuatu peristiwa mengikut kaca mata mereka.
Pihak Barat juga menggunakan media mereka untuk melemparkan pelbagai tuduhan palsu pada negara-negara Islam bertujuan untuk mengekalkan,menjamin dan memenuhi segala kepentingan mereka. Pertubuhan-pertubuhan Islam yang aktif dalam bidang dakwah juga menjadi mangsa media Barat. Mereka sering dikaitkan dengan kegiatan terorisme dan subversif yang menggugat keamanan dunia.Oleh sebab itu,kegiatan mereka diharamkan seperti,Tabligh,Toliban,Mujahidin dan Ikhwa-nul Muslimin.
1.6.2         Ekonomi
Sistem ekonomi Marx, sistem ekonomi sosialis dan sistem ekonomi komunis semuanya hasil pemikiran bijak pandai Barat yang menolak sistem ekonomi kapitalis ataupun pasaran bebas . Sistem ekonomi pasaran bebas juga berasal daripada pemikiran Barat. Terdapat banyak sistem ekonomi yang bukannya hasil ciptaan masyarakat Barat. Sungguhpun demikian , semua daripada sistem ekonomi yang lain ini telah pupus akibat penggunaan sistem ekonomi pasaran bebas ciptaan Barat yang telah berjaya dilaksanakan di seluruh dunia.

Sistem ekonomi pasaran bebas pada mulanya merupakan satu usaha oleh masyarakat Eropah untuk mengubah sistem ekonomi feudal yang terdapat di Eropah pada awal zaman kebangkitan semula (atau renaissance). Sistem ekonomi feudal hancur apabila diperkenalkan sistem ekonomi pasaran bebas. 
1.6.3         Politik
Perkembangan politik oleh Barat telah lama berlaku,bermula dengan penjajahan negara-negara kecil dan yang baru membangun. Ini memberi impak secara langsung dalam politik,struktur ekonomi dan nilai sosio-budaya negara-negara terbabit. Pada akhir penjajahan mereka menggunakan pendekatan baru untuk terus mendominasi politik dunia melalui pendekatan globalisasi. Bagi negara Islam pula,kebanyakkannya telah mendapat kemerdekaan daripada mana-mana pengaruh.Sungguhpun begitu,pengaruh dan dominasi barat tidak hilang,contohnya dalam konteks kebebasan dan hak untuk membuat keputusan terutama dalam hal politik dan keselamatan antarabangsa.
Terdapat banyak isu-isu yang berkaitan antara tamadun Barat dan tamadun Islam yang menunjukkan ketidakadilan yang berlaku antara dua tamadun ini,bagaimana umat Islam ditindak dan sebagainya. Selain itu,juga terdapat pengaruh barat dalam badan dunia seperti PBB. Melalui pengaruh barat dalam badan dunia ini kita dapat mengetahui banyak negara Islam yang teraniaya dan dikenakan pelbagai tindakan seperti sekatan ekonomi,perang,pencabulan hak asasi serta penguasaan mereka dalam hal politik negara-negara Islam.
1.6.4         Sosial
Apabila kita membincangkan sosial dalam konteks kursus ini , kita lebih melihat kepada sosial sebagai satu konsep yang diketengahkan dalam bidang pengajian sosiologi. Pada asalnya sosial adalah satu perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris , iaitu social. Terdapat dua makna umum bagi penggunaan biasa perkataan sosial dalam bahasa Inggeris ; social atau socialable Dalam kebudayaan dan masyarakat Inggeris, socialable membawa maksud seseorang yang cuba membuat baik dan membuat kawan dengan sesiapa sahaja, orang tersebut dianggap sebagai baik dalam masyakatan Inggeris
Perbuatan ini mempunyai nilai yang agak berbeza dalam masyarakat Melayu yang menganggap orang yang sosial selalunya melampaui batasan-batasan kebudayaan dan oleh yang demikian , orang tersebut dikatakan tidak baik.
1.6.5       Hak Asasi Manusia
Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari ini datangnya daripada warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Eropah. Pemikiran tentang hak-hak asasi manusia bermula akibat daripada penindasan masyarakat Eropah dari segi ekonomi, politik dan agama oleh golongan diraja dan gereja Khatolik Rom pada suatu masa dahulu. Perlu difahami bahawa mengikut pemikiran masyarakat Amerika Syarikat (yang juga diikuti oleh sebahagian daripada masyarakat Barat) , tiga hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Hak-hak ini begitu penting dari sudut pandangan mereka dan merupakan hak yang dianugerahkan kepada mereka oleh tuhan.
1.    Hak yang pertama: kehidupan, membawa maksud bahawa setiap manusia berhak untuk hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya.Kemunculan hak asasi ini mungkin daripada masalah penindasan yang berlaku di Eropah pada satu masa dahulu di mana pihak raja dan Gereja mempunyai hak untuk membunuh sesiapa sahaja mengikut kehendak mereka tanpa sebarang pembicaraan
2.    Hak yang kedua: kebebasan,bermakna setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana-mana orang lain
3.    Hak yang ketiga: mengejar kebahagiaan , sebenarnya adalah kebebasan untuk mengumpul harta. Masyarakat Barat pada waktu dahulu tidak bersetuju dengan kuasa Raja dan kerajaan mereka yang boleh mengenakan sebarang cukai terhadap mereka tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu.
Ketiga-tiga hak asasi yang dibincangkan lebih menjurus kepada hak individu . Ini berkait rapat dengan pemikiran masyarakat Barat terhadap kepentingan individu. Kepentingan ini menjadi penting hasil daripada penolakan masyarakat Barat terhadap pemikiran kepentingan kumpulan lebih penting daripada kepentingan individu yang diamalkan oleh masyarakat Eropah pada zaman pertengahan Eropah.
1.6.6      Krisis Alam Sekitar
Krisis alam sekitar yang dihadapi oleh masyarakat dunia pada waktu kini ada kaitannya dengan dua pemikiran barat yang penting, penguasaan manusia terhadap dunia dan alam sekitar ( human’s dominance over nature) dan manusia yang terbaik akan terus kekal (survival of the fittest). Kedua-dua pemikiran ini muncul daripada satu tafsiran masyarakat Barat terhadap kitab Injil berkenaan manusia dan peranannya di dunia ini. Keadaan yang kita hadapi pada hari ini adalah berpunca daripada keengganan sebahagian daripada masyarakat Barat untuk mengurangkan kegiatan ekonomi mereka ke atas bumi yang membinasakan alam sekitar atas dasar mereka berhak melakukannya.
Pemikiran kedua masyarakat Barat yang mempengaruhi krisis alam sekitar adalah pemikiran mereka terhadap survival of the fittest. Mengikut pandangan ini,kita tidak sepatutnya cuba menghalang sesuatu yang sepatutnya ditentukan oleh alam semula jadi. Kejayaan manusia mengatasi alam semula jadi akan membentuk sebuah alam yang lebih sempurna untuk kehidupan manusia. Alam semula jadi yang tidak mampu menandingi pencapaian manusia dianggap tidak cukup kuat dan tidak perlu diselamatkan.
Kedua-dua pemikiran Barat terhadap dunia semula jadi dan alam sekitar merupakan sebahagiaan daripada satu pemikiran asas yang menonjolkan manusia sebagai makhluk yang dipilih oleh tuhan untuk menguasai dunia ini. Alam persekitaran dan makhluk-makhluk lain yang mendiaminya tidak penting bagi masyarakat Barat.
1.6.7            Persepsi Jihad
Jihad adalah satu konsep agama Islam yang murni. Ia merupakan satu cara bagaimana agama Islam mampu dipertahankan daripada kemusnahan akibat serangan daripada musuh. Malangnya , jihad kurang difahami oleh masyarakat Barat.Mereka menganggap bahawa jihad sebagai perbuatan pengganas yang cuba mendapatkan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. Masyarakat Barat menekankan nilai menjaga kehidupan anggota masyarakatnya daripada terkorban. Nilai ini menekankan kepentingan kehidupan di dunia ini. Ia berbeza daripada nilai agama Islam terhadap kehidupan di dunia ini untuk hidup di dunia akhirat. Masyarakat barat sukar menerima nilai agama Islam terhadap kehidupan di dunia ini.
Masyarakat Barat juga tidak menerima pemikiran agama Islam yang bersifat dogmatic (iaitu percaya kepada sesuatu dan mengikuti kepercayaan itu tanpa menyoalkan kebenarannya). Kesanggupan berjihad merupakan satu kesanggupan yang berdasarkan kepercayaan tanpa bukti nyata. Masyarat Barat kini lebih senang menerima falsafah sains di mana mereka hanya percaya kepada perkara-perkara yang boleh dibuktikan secara nyata. Kesanggupan berjihad dilihat oleh masyarakat Barat sebagai sesuatu yang tidak boleh dibuktikan kebenaran dan oleh yang demikian tidak benar.
Masyarakat Barat menganggap jihad sebagai perbuatan orang fanatik. Masyarakat umum di Barat menolak pemikiran bahawa jihad adalah satu cara penyelesaian yang bertamadun (civilized) bagi mereka cara yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah melalui proses pendamaian diplomasi.
1.6.8                  Etika Dalam sains
Etika dalam penyelidikan sains berkaitan rapat dengan pemikiran Barat terhadap sains dan peranannya untuk menolong manusia memahami dunia di sekeliling mereka. Etika dalam sains berasaskan kepada satu falsafaah teras , iaitu kaedah kajian sistematik yang menggunakan sukatan mutlak. Falsafah ini menganggap bahawa semua perkara mampu dikaji oleh manusia menggunakan sukatan mutlak.
Untuk membolehkan pengetahuan sains terus berkembang , etika dalam penyelidikan sains tertumpu kepada kaedah-kaedah dalam sesuatu kajian tersebut. Semua kajian perlu dijalankan di dalam keadaan yang terkawal. Seorang pengkaji mempunyai satu idea bagaimana sesuatu perkara itu berlaku dan membuat kajian untuk membuktikan sama ada idea tersebut
 ( dikenali dengan nama hipotisis) benar atau tidak.
Etika dalam penyelidikan sains bertujuan untuk memastikan kajian-kajian tersebut berjalan tanpa gangguan yang boleh memudaratkan kesahihan hasil penyelidikan itu. Etika dalam penyelidikan sains bertujuan untuk memastikan kajian-kajian tersebut berjalan tanpa gangguan yang boleh memudaratkan kesahihan hasil penyelidikan itu.
1.7 Kesan Perkembangan Kontemporari Kepada Masyarakat dan Negara.
Masalah terbesar yang dihadapi oleh Malaysia ataupun mana-mana Negara lain di dunia ini akibat proses globalisasi adalah perkembangan kontemporari yang secara langsung dan tidak langsung memasukkan nilai-nilai masyarakat Barat ke dalam sistem nilai masyarakat tempatan. Kita perlu faham bahawa tidak semua nilai maasyarakat Barat elok untuk kita, dikhuatiri adalah kemasukan sebahagian daripada nilai masyarakat Barat yang mungkin tidak sesuai untuk masyarakat tempatan.
Semua nilai yang terdapat di dalam sesuatu kebudayaan itu merupakan satu sistem yang memberitahu manusia bagaimana untuk berinteraksi di dunia ini. Nilai-nilai ini boleh berubah-ubah mengikut peralihan zaman. Setiap kumpulan ( dan kebudayaannya) yang wujud pada hari ini adalah hasil daripada penurunan (atau warisan) sistem nilai daripada generasi yang sebelumnya kepada generasi yang seterusnya dan telah mengalami proses perubahan sedikit demi sedikit untuk terus mengekalkan kesesuaiannya dalam kehidupan kita pada hari ini.
Proses globalisasi yang berlaku pada hari ini mendedahkan kita kepada bermacam-macam nilai dalam masa yang begitu singkat. Ini adalah kerana maklumat dan idea-idea baru bergerak hamper tanpa halangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain yang membolehkan kita berhadapan dengan maklumat dan idea baru yang tidak ditapis ataupun diubahsuai dengan nilai-nilai kebudayaan tempatan. Keadaan globalisasi pada hari ini memaksa kita melakukan perubahan dengan cepat untuk mengekalkan kesesuaian ( relevancy) sistem nilai (kebudayaan) kita dengan dunia luar. Perkara ini membuatkan kita menyerap nilai-nilai yang berkemungkinan tidak sesuai dan bertentangan dengan sistem nilai yang sedia ada.
Masalah yang perlu tetapi sukar untuk dihadapi adalah mengubah sistem nilai yang sedia ada supaya ia sentiasa relevan dengan keadaan dunia sekarang dan pada waktu yang sama memastikan semua anggota dalam masyarakat dapat mengikuti perubahan-perubahan yang berlaku. Inilah masalah yang dihadapi bukan hanya oleh masyarakat Malaysia, tetapi juga oleh semua masyarakat di dunia ini.

KESIMPULAN
Kebangkitan tamadun Barat selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam. Kebangkitan yang diiringi dengan pelbagai kemajuan ketenteraan, ekonomi dan kewangan telah menjadikan Barat sebuah kuasa yang menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat menjalankan pelbagai dasar luar yang kononnya untuk menegakkan keadilan namun semuanya ternyata hanya retorika mereka sahaja.
Bagi mereka, sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka akan dikenakan pelbagai tindakan antaranya: sekatan bekalan makanan, perubatan, ekonomi dan lain­lain. Inilah yang dialami oleh negara-negara Islam yang cuba mencari keadilan sebenar yang diperkatakan oleh Barat. Negara-negara miskin dunia tidak ketinggalan ditindas "melalui bantuan Tabung Mata Wang Dunia namun sebenarnya di sebalik bantuan itu, negara tersebut terus ditindas.
Inilah senario semasa yang dialami oleh dunia lebih-Iebih lagi selepas berakhirnya Perang Dingin di mana kuasa Amerika Syarikat semakin melampaui batasan. Lebih-Iebih lagi apabila globalisasi yang mereka cipta dan war-warkan telah mula meresap dalam setiap inci kehidupan manusia di dunia hari ini.



....Aryyzazueriey...


Nota Titas Bab 1.

 Bab 1 Pengenalan Ilmu Ketemadunan dalam Pembinaan Tamadun Malaysia.
1.0  KONSEP TAMADUN
Konsep tamadun terbahagi kepada tiga bahagian. Tiga bahagian tersebut ialah konsep tamadun melalui Islam, Barat, dan Melayu.
1.1 Konsep Tamadun  Mengikut Perspektif Islam.(19/1/2011)
Menurut Ibnu Khaldun, tamadun ini merupakan kemuncak sesuatu pembangunan yang berkait rapat dengan kemewahan, keharmonian keadaan, dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh meningkatkan kualiti sesuatu masyarakt itu sendiri. Hal Ini sekaligus termasuk dalam keperluan seperti makanan,pakaian, dan juga peralatan rumah tangga.
Mengikut pandangan Muhammad Rasyid Redha pula, asas bagi suatu tamadun ialah agama dan kepercayaan. Hal  Ini disebabkan oleh peningkatan unsur-unsur spiritual akan membangkitkan kekuatan fizikal. Mengikut logik, sememangnyasemua tamadun di dunia ini telah dibina berasaskan kepercayaan agama keranahamper keseluruhan masyarakat menjadikan agama sebagai cara hidup mereka.
Sayyid Qutb pula mempunyai pendapat yang ringkas tetapi kompleks dan padat serta lebih mudah difahami. Menurutnya, tamadun merupakan segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sesuatu masyarakat merangkumi aspek sosial,politik, ekonomi, dan kebudayaan berteraskan syariat selain disulami nilai-nilai murnidalam Islam.
Selain itu, terdapat juga pandangan daripada Umar Audah al-Khatib yang berpendapat bahawa, tamadun merupakan himpunan ilmu pengetahuan, syariat, dan undang-undang tradisi yang menggambarkan keadaan ekonomi, pemikiran,akhlak, kesenian, politik, dan keseluruhan kehidupan kebendaan serta kerohanian didalam sesuatu sejarah.
1.2 Konsep Tamadun Mengikut Perspektif Barat
Menurut sarjana barat, Will Durant, tamadun merupakan sebuah peraturan masyarakat yang dapat mendorong serta membantu meningkatkan produktivitimasyarakat itu sendiri. Selain daripada itu, beliau juga menambah di manaperaturan ini mengandungi empat elemen penting iaitu elemen sumber ekonomi,elemen sistem politik, elemen tradisi moral dan juga elemen kerohanian.
J.K. Fiebleman pula mempunyai pendapat yang berbeza sama sekaliberbanding Will Durant. J.K Fiebleman menggambarkan tamadun sebagai kebijakanmasyarakat mengeksploitasi sesuatu material. Maksud lain yang mudah difahamiialah proses masyarakat ke atas sesuatu material yang menjadikannya barang baruuntuk keperluan mereka sendiri.
Pendapat lain telah datang daripada Oswald Spengler. Beliau menyatakandengan mudah di mana tamadun barat lebih mementingkan kebendaan kerana bagimereka kebendaan tersebut yang mampu membawa kemajuan kepada masyarakat.
M.A .J Beg (1985) pencapaian manusia dalam bentuk kota ,sistem tulisan keseniaan seni bina dan kepercayaan kepada undang –undang dan politik.

1.3 Konsep Tamadun Mengikut Perspektif Melayu.
Menurut Abu Bakar Hamzah, konsep tamadun ialah sesuatu yang lahir dan mampu berkembang selari dengan kehidupan manusia. Perkembangan yang lahirdaripadanya pula bersifat abstrak dan dan material.
Wan Hashim Wan Teh pula mempunyai gambaran berlainan berkaitan konsep tamadun ini. Kata beliau, tamadun merupakan capaian tertinggi pemikiranahli sesuatu masyarakat dalam aspek budaya, sosial, agama dan moral, sertakesenian. Tambah beliau lagi, tamadun ini ialah kemajuan dari segi ekonomi dan perdagangan serta peningkatan dalam teknologi yang berkemampuan meningkatkan keselesaan hidup manusia.

2.0  DEFINISI TAMADUN.  (19/1/2011)
Bahasa Arab
Umran-pembangunan.
“….dari perkataan “amara, ya’muru , umranan iaitu membangun membina ,hidup  ,berumur..”
Iaitu suatu kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal menetap di situ dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur.(ibn khaldun)
“….dari kata akar hadhara , yahdhuru , hadhrata…”
“Iaitu suatu wilayah yang mengandungi aspek kehidupan social dan nilai yang berdasarkan ajaran agama apabila dibentuk kehidupan  yang lebih baik dan teratur”(Ibn khaldun )
“dari kata akar “madinah” iaitu Bandar”
Iaitu suatu peringakat yang tertinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan
(Muhammad Abduh  dan Farid Wurji)

Thaqafah-kebudayaan.
Berasal daripada perkataan ‘madana’ dari Bahasa Arab yang bermaksudkehalusan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Ia juga diambil daripada kata dasar  tamaddana’ , ‘yatamaddanu’ dan ‘tamaddunan’. ‘Tamaddana’ bermaksud pemilihan sesuatu tempat untuk didiami. ‘yatamaddanu’ pula bermaksud membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi Bandar. Sementara ‘tamaddunan’pula membawa maksud fenomena perubahan sesuatu masyarakat daripada liar kepada mesyarakat yang maju.
Di dalam Bahasa Inggeris,
Urbanization- membangun – pembangunan kawasan luar bandar menjadi Bandar.
Renaissance-pembaharuan
Culture-budaya perkembangan kecerdasan manusia dari sudut fizikal
 Pengertian tamadun dari  perspektif barat  yang berasal daripada perkataan  civitas, civil, dan civic.Civitas bermaksud bandar. Civilization pula ialah sesuatu yang berkaitan dengan manusia dan masyarakat. Manakala civic pula membawa maksud kehidupan rasmi dan hal ehwal bandar.

Dalam Bahasa Melayu , perkataan tamadun membawa tiga elemen yang berbeza iaitu peradaban, kebudayaan , dan juga kemajuan.
Peradaban merupakan suatu tingkat kemajuan dan tatasusila sesuatu masyarakat. Iaitu keadaa dan tingkat kemajuan rohani dan jasmani sesuatu bangsa atau masyarakat.
Kebudayaan pula ialah cara hidup yang merangkumi aspek percakapan, cara berfikir, dan kelakuan sesuatu masyarakat.  
“dari perkataan budaya iaitu tamadun ,peradapan sara berkelakuan (berfikir) kemahuan (akal budi)”
Iaitu keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak ,berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohaniaan sesuatu masyarakat.
Kemajuan pula bererti peningkatan taraf kehidupan dari segi ekonomi, sosial, dan politik dalam sesuatu masyarakat.
Iaitu taraf kehidupan yang bertambah baik dari sudut ekonomi , pentadbiran , pendidikan dan lain –lain Jadi, melalui pelbagai makna perkataan asal tamadun dari pelbagai jenis bangsa. Ini telah menyimpulkan suatu definisi yang kukuh dan kompleks sertadifahami semua bangsa dengan sempurna. Oleh itu, definisi tamadun secara umumnya ialah sebuah kehidupan kota yang telah menghasilkan suatu tingkatpencapaian yang tinggi dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada dari segikebendaan mahu pun kerohanian. Aspek kehidupan yang utama dan dititik beratkanialah ilmu pengetahuan, ekonomi, sahsiah, dan politik. Semua aspek tersebutmerupakan batu loncatan bagi sesebuah masyarakat atau pun kaum untuk mencapai tahap tamadun. Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serat perkembangan pemikiran sosial ,budaya politik dan peradaban. (Kamus Dewan 1998).
3.0  Ciri –Ciri Tamadun.
Terdapat pelbagai ciri-ciri tamadun. Walau bagaimanapun, setelah diringkaskan dan diteliti mengikut kepentingan masing-masing, ciri-ciri ini telah disepakati. Sebanyak lapan ciri-ciri tamadun yang utama.
3.1 Kerajaan dan Sistem Pentadbiran
Kerajaan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang baik memeberi kesan besar kerana sudah menjadi lumrah, sesuatu masyarakat sukakan pemerintah yangadil dan mampu member manfaat kepada mereka.
3.2 Kemajuan Teknologi
Perkembangan dari segi teknologi contohnya seperti penciptaan mesin-mesinpertanian mahupun perindustrian juga merupakan salah satu ciri kebangkitansesuatu tamadun. Ini membuktikan tamadun tersebut tidak ketinggalan zaman danmampu membina peralatan yang cangggih.
3.3 Kota dan Bandar
Kota dan bandar member makna meluas dalam perkembangan sesebuahtamadun. Sesebuah kota itu hendaklah mempunyai infrastruktur yang baik dankawasan-kawasan di sekitarnya mestilah bersih dan kemas berbanding di tempatlain kerana kota merupakan kawasan tumpuan pembangunan sesebuah tamadun.
3.4 Organisasi Sosial Yang Tersusun
Perlunya organisasi sosial yang kukuh dan teratur. Ini untuk mengelakkansistem pentadbiran yang berpecah belah di antara pemimpin tertinggi dan pemimpinbawahan. Ia juga dapat mendorong mencipta suasana yang harmoni di kalangansemua lapisan masyarakat agar mereka dapat bergaul tanpa menghiraukan danmembezakan status masing-masing.
3.5 Perkembangan Ekonomi
Perkembangan ekonomi merupakan antara ciri terpenting dalampembangunan sesebuah tamadun. Sesebuah masyarakat hendaklah mempunyaistruktur ekonomi yang kukuh. Ini bai membuktikan kemampuan tamadun tersebutmenjalankan tanggungjawab sebuah institusi ekonomi dengan baik dan lancar.
3.6 Mempunyai Kepercayaan Tertentu atau Agama
Sudah menjadi lumrah, kepercayaan agama merupakan tunjangpembangunan sesebuah tamadun. Jika runtuh pegangan masyarakat terhadapkepercayaan yang dianuti mereka maka runtuhlah juga sesebuah tamadun itu.Justeru, pembinaan rohani anggota masyarakat juga perlu di ambil kira dalampembangunan sesebuah tamadun
3.7 Tulisan dan Bahasa
Sesebuah tamadun wajib mempunyai sistem tulisan dan bahasa merekasendiri. Ini bagi membuktikan kepada masyarakat atau tamadun lain bahawamereka mempunyai peradaban yang tinggi sehinggakan mempunyai bahasa ibundasendiri. Sistem tulisan juga perlu dicipta agar masyarakat tidak keliru.
3.8 Perkembangan Ilmu Pengetahuan
Perkembangan ilmu pengetahuan sudah semestinya merupakan inti pentingkerana tanpa ilmu pengetahuan, tiadalah wujudnya tamadun. Tokoh-tokoh pemikiryang lahir akan membangunkan tamadun sesebuah masyarakat.

4.0  Objektif Tamadun
Tamadun dibangunkan hasil gabungan pelbagai faktor positif yang bermula dari kepercayaan, agama, ilmu pengetahuan, sistem pentadbiran dan organisasi sosial yang tertatur, kecantikan seni dan ketinggian budaya, serta beberapa elemen penting yang lain. Namun, tanpa kita sedari, tamadun jugalah yang telah memperbaiki kesemua elemen tersebut. Tamadun menambahkan kekuatan beragama  dalam kalangan ahli masyarakat. Tamadun juga yang telah melahirkan ramai cendekiawan dan sarjana-sarjana dalam pelbagai bidang. Sistem pentadbiran dan struktur sosial menjadi semakin kukuh di mana masyarakat dapat merasakan perasaan selamat antara satu sama lain. Kesenian yang timbul dan kebudayaan yang tercipta juga melambangkan ketamadunan sesebuah masyarakat itu sendiri secara tidak langsung.
....Aryyzazueriey...