Tuesday, April 26, 2011

Nota Titas Bab 1.

 Bab 1 Pengenalan Ilmu Ketemadunan dalam Pembinaan Tamadun Malaysia.
1.0  KONSEP TAMADUN
Konsep tamadun terbahagi kepada tiga bahagian. Tiga bahagian tersebut ialah konsep tamadun melalui Islam, Barat, dan Melayu.
1.1 Konsep Tamadun  Mengikut Perspektif Islam.(19/1/2011)
Menurut Ibnu Khaldun, tamadun ini merupakan kemuncak sesuatu pembangunan yang berkait rapat dengan kemewahan, keharmonian keadaan, dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh meningkatkan kualiti sesuatu masyarakt itu sendiri. Hal Ini sekaligus termasuk dalam keperluan seperti makanan,pakaian, dan juga peralatan rumah tangga.
Mengikut pandangan Muhammad Rasyid Redha pula, asas bagi suatu tamadun ialah agama dan kepercayaan. Hal  Ini disebabkan oleh peningkatan unsur-unsur spiritual akan membangkitkan kekuatan fizikal. Mengikut logik, sememangnyasemua tamadun di dunia ini telah dibina berasaskan kepercayaan agama keranahamper keseluruhan masyarakat menjadikan agama sebagai cara hidup mereka.
Sayyid Qutb pula mempunyai pendapat yang ringkas tetapi kompleks dan padat serta lebih mudah difahami. Menurutnya, tamadun merupakan segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sesuatu masyarakat merangkumi aspek sosial,politik, ekonomi, dan kebudayaan berteraskan syariat selain disulami nilai-nilai murnidalam Islam.
Selain itu, terdapat juga pandangan daripada Umar Audah al-Khatib yang berpendapat bahawa, tamadun merupakan himpunan ilmu pengetahuan, syariat, dan undang-undang tradisi yang menggambarkan keadaan ekonomi, pemikiran,akhlak, kesenian, politik, dan keseluruhan kehidupan kebendaan serta kerohanian didalam sesuatu sejarah.
1.2 Konsep Tamadun Mengikut Perspektif Barat
Menurut sarjana barat, Will Durant, tamadun merupakan sebuah peraturan masyarakat yang dapat mendorong serta membantu meningkatkan produktivitimasyarakat itu sendiri. Selain daripada itu, beliau juga menambah di manaperaturan ini mengandungi empat elemen penting iaitu elemen sumber ekonomi,elemen sistem politik, elemen tradisi moral dan juga elemen kerohanian.
J.K. Fiebleman pula mempunyai pendapat yang berbeza sama sekaliberbanding Will Durant. J.K Fiebleman menggambarkan tamadun sebagai kebijakanmasyarakat mengeksploitasi sesuatu material. Maksud lain yang mudah difahamiialah proses masyarakat ke atas sesuatu material yang menjadikannya barang baruuntuk keperluan mereka sendiri.
Pendapat lain telah datang daripada Oswald Spengler. Beliau menyatakandengan mudah di mana tamadun barat lebih mementingkan kebendaan kerana bagimereka kebendaan tersebut yang mampu membawa kemajuan kepada masyarakat.
M.A .J Beg (1985) pencapaian manusia dalam bentuk kota ,sistem tulisan keseniaan seni bina dan kepercayaan kepada undang –undang dan politik.

1.3 Konsep Tamadun Mengikut Perspektif Melayu.
Menurut Abu Bakar Hamzah, konsep tamadun ialah sesuatu yang lahir dan mampu berkembang selari dengan kehidupan manusia. Perkembangan yang lahirdaripadanya pula bersifat abstrak dan dan material.
Wan Hashim Wan Teh pula mempunyai gambaran berlainan berkaitan konsep tamadun ini. Kata beliau, tamadun merupakan capaian tertinggi pemikiranahli sesuatu masyarakat dalam aspek budaya, sosial, agama dan moral, sertakesenian. Tambah beliau lagi, tamadun ini ialah kemajuan dari segi ekonomi dan perdagangan serta peningkatan dalam teknologi yang berkemampuan meningkatkan keselesaan hidup manusia.

2.0  DEFINISI TAMADUN.  (19/1/2011)
Bahasa Arab
Umran-pembangunan.
“….dari perkataan “amara, ya’muru , umranan iaitu membangun membina ,hidup  ,berumur..”
Iaitu suatu kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal menetap di situ dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur.(ibn khaldun)
“….dari kata akar hadhara , yahdhuru , hadhrata…”
“Iaitu suatu wilayah yang mengandungi aspek kehidupan social dan nilai yang berdasarkan ajaran agama apabila dibentuk kehidupan  yang lebih baik dan teratur”(Ibn khaldun )
“dari kata akar “madinah” iaitu Bandar”
Iaitu suatu peringakat yang tertinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan
(Muhammad Abduh  dan Farid Wurji)

Thaqafah-kebudayaan.
Berasal daripada perkataan ‘madana’ dari Bahasa Arab yang bermaksudkehalusan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Ia juga diambil daripada kata dasar  tamaddana’ , ‘yatamaddanu’ dan ‘tamaddunan’. ‘Tamaddana’ bermaksud pemilihan sesuatu tempat untuk didiami. ‘yatamaddanu’ pula bermaksud membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi Bandar. Sementara ‘tamaddunan’pula membawa maksud fenomena perubahan sesuatu masyarakat daripada liar kepada mesyarakat yang maju.
Di dalam Bahasa Inggeris,
Urbanization- membangun – pembangunan kawasan luar bandar menjadi Bandar.
Renaissance-pembaharuan
Culture-budaya perkembangan kecerdasan manusia dari sudut fizikal
 Pengertian tamadun dari  perspektif barat  yang berasal daripada perkataan  civitas, civil, dan civic.Civitas bermaksud bandar. Civilization pula ialah sesuatu yang berkaitan dengan manusia dan masyarakat. Manakala civic pula membawa maksud kehidupan rasmi dan hal ehwal bandar.

Dalam Bahasa Melayu , perkataan tamadun membawa tiga elemen yang berbeza iaitu peradaban, kebudayaan , dan juga kemajuan.
Peradaban merupakan suatu tingkat kemajuan dan tatasusila sesuatu masyarakat. Iaitu keadaa dan tingkat kemajuan rohani dan jasmani sesuatu bangsa atau masyarakat.
Kebudayaan pula ialah cara hidup yang merangkumi aspek percakapan, cara berfikir, dan kelakuan sesuatu masyarakat.  
“dari perkataan budaya iaitu tamadun ,peradapan sara berkelakuan (berfikir) kemahuan (akal budi)”
Iaitu keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak ,berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohaniaan sesuatu masyarakat.
Kemajuan pula bererti peningkatan taraf kehidupan dari segi ekonomi, sosial, dan politik dalam sesuatu masyarakat.
Iaitu taraf kehidupan yang bertambah baik dari sudut ekonomi , pentadbiran , pendidikan dan lain –lain Jadi, melalui pelbagai makna perkataan asal tamadun dari pelbagai jenis bangsa. Ini telah menyimpulkan suatu definisi yang kukuh dan kompleks sertadifahami semua bangsa dengan sempurna. Oleh itu, definisi tamadun secara umumnya ialah sebuah kehidupan kota yang telah menghasilkan suatu tingkatpencapaian yang tinggi dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada dari segikebendaan mahu pun kerohanian. Aspek kehidupan yang utama dan dititik beratkanialah ilmu pengetahuan, ekonomi, sahsiah, dan politik. Semua aspek tersebutmerupakan batu loncatan bagi sesebuah masyarakat atau pun kaum untuk mencapai tahap tamadun. Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serat perkembangan pemikiran sosial ,budaya politik dan peradaban. (Kamus Dewan 1998).
3.0  Ciri –Ciri Tamadun.
Terdapat pelbagai ciri-ciri tamadun. Walau bagaimanapun, setelah diringkaskan dan diteliti mengikut kepentingan masing-masing, ciri-ciri ini telah disepakati. Sebanyak lapan ciri-ciri tamadun yang utama.
3.1 Kerajaan dan Sistem Pentadbiran
Kerajaan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang baik memeberi kesan besar kerana sudah menjadi lumrah, sesuatu masyarakat sukakan pemerintah yangadil dan mampu member manfaat kepada mereka.
3.2 Kemajuan Teknologi
Perkembangan dari segi teknologi contohnya seperti penciptaan mesin-mesinpertanian mahupun perindustrian juga merupakan salah satu ciri kebangkitansesuatu tamadun. Ini membuktikan tamadun tersebut tidak ketinggalan zaman danmampu membina peralatan yang cangggih.
3.3 Kota dan Bandar
Kota dan bandar member makna meluas dalam perkembangan sesebuahtamadun. Sesebuah kota itu hendaklah mempunyai infrastruktur yang baik dankawasan-kawasan di sekitarnya mestilah bersih dan kemas berbanding di tempatlain kerana kota merupakan kawasan tumpuan pembangunan sesebuah tamadun.
3.4 Organisasi Sosial Yang Tersusun
Perlunya organisasi sosial yang kukuh dan teratur. Ini untuk mengelakkansistem pentadbiran yang berpecah belah di antara pemimpin tertinggi dan pemimpinbawahan. Ia juga dapat mendorong mencipta suasana yang harmoni di kalangansemua lapisan masyarakat agar mereka dapat bergaul tanpa menghiraukan danmembezakan status masing-masing.
3.5 Perkembangan Ekonomi
Perkembangan ekonomi merupakan antara ciri terpenting dalampembangunan sesebuah tamadun. Sesebuah masyarakat hendaklah mempunyaistruktur ekonomi yang kukuh. Ini bai membuktikan kemampuan tamadun tersebutmenjalankan tanggungjawab sebuah institusi ekonomi dengan baik dan lancar.
3.6 Mempunyai Kepercayaan Tertentu atau Agama
Sudah menjadi lumrah, kepercayaan agama merupakan tunjangpembangunan sesebuah tamadun. Jika runtuh pegangan masyarakat terhadapkepercayaan yang dianuti mereka maka runtuhlah juga sesebuah tamadun itu.Justeru, pembinaan rohani anggota masyarakat juga perlu di ambil kira dalampembangunan sesebuah tamadun
3.7 Tulisan dan Bahasa
Sesebuah tamadun wajib mempunyai sistem tulisan dan bahasa merekasendiri. Ini bagi membuktikan kepada masyarakat atau tamadun lain bahawamereka mempunyai peradaban yang tinggi sehinggakan mempunyai bahasa ibundasendiri. Sistem tulisan juga perlu dicipta agar masyarakat tidak keliru.
3.8 Perkembangan Ilmu Pengetahuan
Perkembangan ilmu pengetahuan sudah semestinya merupakan inti pentingkerana tanpa ilmu pengetahuan, tiadalah wujudnya tamadun. Tokoh-tokoh pemikiryang lahir akan membangunkan tamadun sesebuah masyarakat.

4.0  Objektif Tamadun
Tamadun dibangunkan hasil gabungan pelbagai faktor positif yang bermula dari kepercayaan, agama, ilmu pengetahuan, sistem pentadbiran dan organisasi sosial yang tertatur, kecantikan seni dan ketinggian budaya, serta beberapa elemen penting yang lain. Namun, tanpa kita sedari, tamadun jugalah yang telah memperbaiki kesemua elemen tersebut. Tamadun menambahkan kekuatan beragama  dalam kalangan ahli masyarakat. Tamadun juga yang telah melahirkan ramai cendekiawan dan sarjana-sarjana dalam pelbagai bidang. Sistem pentadbiran dan struktur sosial menjadi semakin kukuh di mana masyarakat dapat merasakan perasaan selamat antara satu sama lain. Kesenian yang timbul dan kebudayaan yang tercipta juga melambangkan ketamadunan sesebuah masyarakat itu sendiri secara tidak langsung.
....Aryyzazueriey...


1 comments:

Unknown said...

MOTIP?
huuhhuhu..
tq :)